BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

like this blog?

Thursday, January 12, 2012

TETAMU SEPI

tetamu menulis "Sahabat....
di kesepian ini
besama nyanyian kerinduan
aku mula membayangkan
detik2 kita bersama
mengharungi lautan bersama
demi satu perjuangan
menuruni lembah dan lurah
demi mencari secebis sinar
bekalan hari esok
di sebalik pencarian itu
terselit sebuah ikatan...
PERSAHABATAN
yang sukar dirungkaikan
namun....
tanpa diduga
lautan tenang tetap bergelora
adakah bahtera kasih yang dibina akan dilanda sama
dihempas oleh sang ombak yang menggila
akan terungkaikah sebuah ikatan?
akan terleraikah sebuah simpulan?
aku cuba menyelamatkan dari musnah
tapi apakan daya,diriku tidak mampu bertahan beban

sahabat....
aku merantau mencari diriku semula
dimanakah aku kini
akan kembalikah ketenangan dan kegembiraan
yang pernah ku milik dulu?
lubuk hatiku dilanda resah..
sedih,pilu dan rindu menjadi teman sepermainanku
sebuah kemesraan yang pernah tercipta dahulu
deraian air mata mengiringi semuanya
pagi menyerlah kembali
bangkit aku mencari ketenangan
bagai tersedar dari lamunan
di puncak kegelisahan
kuharap sinar ini merubah segalanya
akan kubawa haluanku sendiri
akan kuteruskan perjuangan ini
demi menggenggam sebuah kejayaan
kemaafan ku pinta sepanjang kita bersama
bisa mengguris hati masing2
harapanku agar dikau berjaya
memiliki natijah y terbaik
meskipun kesedihan kita menjadi batu asas
dek kerana perpisahan
teruskan perjuanganmu wahai sahabat.
nescaya bertemu semula di pentas y sama
ku percaya..DIA tidak pernah menzalimi kita.
~reblog~

No comments:

Post a Comment