apabila masyarakat malaysia sibuk memperbincangkan perihal nur amalina dan perubahan dirinya,bagaikan satu kejutan.sebelum ni,kita dikejutkan dgn isu sufiah,pelajar genius matematik,y akhir hidupnya tidak begitu selari dengan kebolehan dan kemahiran y dimilikinya,isu pelajar malaysia y dilaporkan hilang,dan akhirnya dimaklumkan berkahwin dengan pasangan sejenis di luar negara.pelbagai isu y dibincangkan,namun,adakah kita betul2 mengambil berat ataupun hanya menyebarkan perihal2 negatif y berlaku,sedangkan isu y benar2 kita perlu hadapi dan diutamakan sekarang adalah isu y mlibatkan masyarakat umum.sebagai contoh,isu penyelewengan duit zakat,kezaliman,rasuah dan lain2.bukan saya mengatakan y tindakan nur amalina itu betul,namun,dia punya pilihan dalam segala tindakannya.dan pilihan kearah kebaikan adalah lebih baik.apa faedahnya kita mencaci perubahan y berlaku keatas dirinya,sedangkan "agama itu nasihat"?antara dosa peribadi dan dosa y melibatkan masyarakat,mana perlu diutamakan dalam pencegahan.kita kena ingat,bahawa sesuatu perubahan itu tidak akan berlaku dengan sendirinya,mesti punya faktor dan punca.masakan pokok bergoyang sendiri?cuba kita teliti antara punca2 perubahan non positiv ini.mungkin kerana sistem pendidikan sudah makin tempang menanti rebah?sistem pendidikan y menekankan ketaatan membabi buta berbanding memperkasa pemikiran.dimana letaknya matlamat minda keas pertama jika asek sibuk membahaskan benda2 remeh?kita berbalik kepada isu dosa personal dan dosa ijtimaie.dosa personal hanya melibatkan si pelaku bersama Tuhannya,namun,dosa ijtimaie melibatkan pelanggaran hak2 manusia sejagat.dan pertimbangan dalam menilai dosa personal juga berbeza,dosa seorang y membuka aurat itu xsama dengan seorang y menyalahkan duit zakat kerana duit zakat itu melibatkan duit masyarakat Islam y lain.mungkin kelemahan kita dalam menilai dan menghadapi isu2 sebegini,almaklumlah,seseorang y dulunya disanjung,tiba2 melakukan kesilapan,dan kita telah meletakkan emosional melebihi rasional pemikiran.alangkah indahnya jika kita terus berdoa y terbaik untuknya berbanding menyebar dan terus mencaci.
~jangan nafikan hak insan berdosa utk kembali kpd Tuhannya~
final exam
tahun pertama
jordan


Amman Time

No comments:
Post a Comment