BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

like this blog?

Monday, January 9, 2012

MANUSIA itu berMARUAH

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (al-isra’:70)
 
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.” (at-tiin:4-5)
 
“Hai manusia, darahmu, harta bendamu dan kehormatanmu sama sucinya dengan tanah suci ini.” (Riwayat al-Bukhari)-ucapan baginda nabi ketika haji wida’


Ini antara dalil2 y membuktikan bahawa manusia itu insan y punya maruah,awal hidupnya bermaruah,sepanjang hidupnya bermaruah dan diharapkan penghujung hidupnya bermaruah.mungkin kerana itu,wujudnya istilah hak2 kemanusiaan utk memelihara maruah seorang manusia dan mungkin kerana ‘maruah’ juga,wujudnya istilah husnul khatimah.
 

Islam mengajar kita unsur2 kemanusiaan y mana menekankan soal kebebasan dan keadilan sejagat.jika dibuka kitab2 sejarah,ramai sahabat2 y hartawan disarankan membebaskan hamba2 kerana perhambaan menyekat kebebasan.dalil2 indah ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran2 cendekiawan barat tika mana zaman kegemilangan Islam,ataupun dalam fatrah barat dikenali zaman renaissance.


“I have read, reverend Fathers, in the works of the Arabs, that when Abdala the Saracen was asked what he regarded as most to be wondered at on the world’s stage, so to speak, he answered that there is nothing to be seen more wonderful than man (nihil spectari homine admirabilius.)” -pico della mirandola
 

(“Saya sudah membaca, Bapa yang mulia, dalam karya orang Arab, apabila Abdullah Si Arab, ditanya apakah yang dianggapnya paling dikaguminya di pentas dunia, maka beliau menjawab, tiada yang lebih dikagumi daripada manusia.”)



Kata2 ini diucapkan dengan penuh jujur di hadapan khalayak paderi oleh seorang humanis y agak terpengaruh dengan pemikiran renaissance.Dan dipercayai bahawa Abdullah si arab itu adalah ibnu qutayba- seorang pemikir humanis terkenal semasa era pemerintahan Khilafah Abbasiyyah, juga merupakan pengarang kitab Khalq al-Insan (Penciptaan Manusia).
 

Lebih kurang seabad setengah setelah kata2 ini dilontarkan,seuntai lagi kata2 indah di ucapkan oleh seorang y agak masyhur,William Shakespeare,seorang penyair barat.


“What a piece of work is a man! How noble in reason! How infinite in faculty! In form, in moving, how express and admirable! In action how like an angel! In apprehension how like a god! The beauty of the world! The paragon of animal!”-shakespeare-hamlet
 

(“Alangkah sempurnanya manusia! Begitu mulia pemikirannya! Kemampuannya tanpa batas! Dalam bentuk, dalam gerak, penuh perasaan dan mengkagumkan! Bergerak sebagai malaikat! Memahami sebagai dewa! Penghias alam! Kemuncak di antara makhluk!”)

Namun,bagaimana hebatnya di akhir zaman ini sehinggakan hak kemanusiaan itu dinafikan lantas maruah seorang insan itu bagaikan tahyul dan cerita dongeng.




 Politik lucah dan bangsaku.


Kebelakangan ini,suasana politik di tanah air kita makin tidak terkawal.seolah2 dikawal oleh nafsu semata,tidak kiralah politik dari pihak mana.Dan y paling jelas adalah serangan kpd seorang politikus terkenal,Anwar Ibrahim.Tuduhan liwat y pertama pada era reformasi,kali ini skrip y sama diulang kembali dengan serangan y agak dasyat dan diserikan lagi ngan seranga tuduhan video seks.apakah sudah tidak ada isu?dimana pertimbangan seorang insan itu bermaruah?
 

Tuduhan seks ini bukanlah satu permainan dan bukanlah suatu bahan lawak y boleh dimuatkan dalam episode hidup seseorang.Sejarah merakamkan beberapa pemimpin terkenal barat,terjunam dalam karier politiknya dek kerana tuduhan seks ini.Al-Quran ad merakamkan betapa seriusnya tuduhan seks ini dalam kisah nabi yusuf a.s dan akhirnya dapat dibuktikan bahawa nabi yusuf bebas dari tuduhan ini.Ini menunujukkan,gaya hidup golongan y melemparkan fitnah y berkaitan seks ini hanyalah utk menjatuhkan seseorang atau kata mudahnya membunuh karakter.
 

Dr abu hasan hasbullah pernah membuat pendedahan bahawa mungkin bangsa kita sudah terbiasa dengan soal tuduhan seks ini.Jika kita masih mampu mengingati kisah Hang Tuah y telah dilemparkan TUDUHAN SEKS y akhirnya membawa hukuman bunuh lantas Hang Jebat membawa suasana revolusi (mungkin reformasi) sehingga membawa kpd peperangan saudara.Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura. Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri,Semua kerana,TUDUHAN SEKS.Oh bangsaku…kamu bermain dengan tudhan seks rupanya dalam lipatan sejarah silam,sungguhku xsangka.Apakah akan terletusnya peperangan saudara selepas ini seperti kisah HANG TUAH ataupun kita akan dijajah oleh kuasa besar sperti y berlaku dalam kisah SANG RAJUNA TAPA ataupun,tanah air kita bakal menjadi padang jarak,padang tekukur sperti sumpah SI MAHSURI ke atas LANGKAWI? Ini semua mungkin akan berlaku sekiranya y dituduh itu terbunuh fizikalnya ataupun karakternya.
 

Islam telah meletakkan satu garis panduan dalam kes2 tuduhan seks ini,ataupun dinamakan qadzaf.Betapa indahnya ISLAM.Namun bila mana ulama dan ilmuan jadian y menguasai gelanggang hujah,segala-galanya bagai tersorok rapi dan kebenaran terus menyepi.Agenda SUMPAH menjadi mainan,Quran bagaikan sebuah kitab usang y hanya diperlukan tika angkat sumpah.Adakah engkau bermain hukum dengan TUHAN mu wahai bangsaku?Adakah tanah air kita akan subur kembali pabila ISLAM memerintah? Semoga cahaya hidayah akan terus menerangiku dan bangsa ku. Ku merasakan bahawa datangnya isu tuduhan seks ini bagaikan sebuah rahmat ke atas bangsaku agar kita semua sedar akan keindahan Islam itu dan perlembagaan aturanNYA itu adalah sebenar2 perlembagaan.
 

901

Hari ini telah menjawab segala persoalan,merungkai segala kekusutan.Perhimpunan hari ini impak daripada manusia2 y inginkan kebenaran,bosan dengan kezaliman seta jemu dengan tahyul2 dan khurafat y dimomokkan oleh bangsaku sendiri.Perhimpunan hari ini bukanlah semata2 kerana politikusitu,namun utk kebenaran y telah lama disorok.Kami,puak pencinta kebenaran,menyeru agar kebenaran terus dijulang.sudah2lah memanipulasi keadaan dan suasana.Dan seterusnya menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa kami taksub kpd politikus itu.Kami rindukan kebenaran.





Sebagai kata akhir, saya tinggalkan kalian dengan satu puisi menarik daripada Usman Awang (1929-2001) dalam Antologi Sajak Teluk Gong:

“Sebuah perkataan yang paling ditakuti, yang tradisional sekali, untuk bangsa kita yang pemalu, sekarang kata ini kuajarkan pada anakku, kau harus menjadi manusia kurang ajar, untuk tidak mewarisi malu ayahmu, lihat petani-petani yang kurang ajar, memiliki tanah dengan caranya, sebelumnya mereka tak punya apa, kerana ajaran malu dari bangsanya, suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar”

 



Reaksi Saiful Bukhari via Twitter seusai penghakiman :


"  Tidak di dunia, namun di Mahsyar PASTI. Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,"
 

Ya..sudah PASTI di Mahsyar lagi hebat dan dahsyat penghakimanNYA...di saat saksi yang haq diperbicara, di saat lisan tidak mampu berdusta, di saat jasad menggelupur derita, azab hukumNYA menanti masa, Maka AWASlah hai manusia, kerana pentas realiti belum tiba!!! Allahummaghfir Lana...

Teringat kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan pabila seorang lelaki mencaci dan menfitnahnya "Jika engkau BENAR, maka moga2 Allah mengampuniKU, dan jika aku BENAR, maka moga2 Allah mengampuniMU"   (sungguh neutral)



*Just my 2cents :
 
1- PR kena menyambut pembebasan DSAI dengan matang dan tidak mengikut skrip arus perdana. Oleh itu, saya tidak berapa suka dengan skrip sistem kehakiman masih boleh dipercayai (setakat ini masih belum ada + termasuk masih ada kemungkinan DPP akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan). Sebab, ia akan dilihat memihak dan bias memandangkan komen sedemikian hanya dibuat ketika mana penghakiman memihak kepada PR. Jadi, mewar-warkan agenda menjatuhkan BN, di sebalik apa pun penghakiman kes liwat tersebut, mesti kekal, termasuk tegar dengan komitmen melakukan reformasi kepada 2 daripada 3 doktrin pengasingan kuasa, iaitu Kuasa Eksekutif-Kuasa Kehakiman (Doctrine of Separation of Powers). 


2- BN berkemungkinan besar akan menggunakan peluang ini untuk menjaja bahawa sistem kehakiman di negara kita masih boleh diyakini. Ia akan sentiasa diulang-ulang, baik di media cetak atau media elektronik, supaya rakyat sedikit sebanyak termakan dengan umpan mereka. 


3- BN tidak mensasarkan PKR dan DSAI dalam PRU-13 yang dijangkakan pada awal-pertengahan Mac. Kedua-duanya terbukti terlalu 'liat' dan 'keras kepala'. Oleh itu, saya tidak berapa yakin kes ini akan dirayu. Tidak berapa yakin tidak bermaksud tidak mempercayai langsung. Kemungkinan itu masih ada. 


4- BN akan mengalihkan serangan pada PAS dengan bersandarkan pada isu pemecatan DDHA dan akan mempersoalkan di mana 'stand' PAS dalam isu-isu yang dibawa oleh ADUN Gombak Setia ini. Isu ini boleh memberikan keuntungan besar kepada UMNO khususnya dalam memenangi hati Melayu-Islam, peratusan pengundi terbesar di seluruh negara. 


5- Point ke-3 dan ke-4 bermaksud, BN akan mengutamakan undi Melayu daripada Undi Campuran pada PRU-13.  
*An Assumption Remains As An Assumption.-zaki sukery
 
~kami rindukan kebenaran~
 final exam
semester pertama
jordan

1 comment:

  1. entry tbaek pnye,,tp kne tukar wrne tulisan,,sme ngn background,,haahhaa,,keep the good work kertas putih!

    ReplyDelete