kita sering inginkan suatu gambaran y jelas ttg sesuatu perkara.itu perkara lumrah.jika kita masih mampu mengimbas semula,sewaktu di awal2 kehidupan,kita sering bertanya,apakah bentuk matahari??lalu dilukisnya satu bulatan dan garisan y terpancar keluar dari bulatan itu.kita bertanya,apakah bentuk gunung?lalu dilukisnya bentuk tiga segi.jika ditanya burung 2 bagaimana?lalu dilukis huruf M.lumrah y xdapat dinafikan.dan disebabkan itu,pencipta manusia telah mendatangkan sebuah buku manual y penuh dengan gambaran (analogi) di dalam nya.
Alquran ; analogi perbandingan.
mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang berperang pada bulan haram.katakanlah “berperang dalam bulan itu adalah (dosa) besar.tetapi menghalangi (orang) dari jalan Allah ,ingkar kepadanya,(menghalangi orang masuk) masjidilharam dan mengusir penduduk dari sekitarnya,lebih besar (dosanya) dalam pandangan Allah. sedangkan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan. Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad (keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup. Barangsiapa murtad di antara kamu dari agamanya,lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”.
(albaqarah 217)
Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang yang mengerjakan haji dan menguruskan masjidilharam, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang zalim.
(attaubah 19)
Ayat diatas merupakan dalil menunjukkan dalam sejumlah kebaikan itu ada y terbaik,dan dalam sejumlah keburukan itu ada y terburuk.dan manusia y bijak bukan sahaja dapat mengenal pasti serta membezakan antara y baik dan buruk,malah mampu menilai ap y terbaik dan ap y terburuk.
Choices bring changes.
Pilihan hari ini membawa kepada perubahan pada hari esok.anda memilih utk belajar pada hari ini,membawa kejayaan pada esok hari.setiap pilihan memaksa anda melakukan pengorbanan.anda terpaksa mengorbankan waktu enjoy anda,semata2 demi kejayaan akan datang.namun,utk memilih itu memerlukan suatu kayu ukur keuntungan dan kerugian.kesilapan memilih kayu ukur akan menyebabkan kecacatan dalam pilihan anda.namun,kecacatan dalam pilihan bukanlah berpunca dari kesilapan kayu ukur secara total,mungkin berpunca juga daipada si tukang ukur.pilihan2 y kita sering kita putuskan dalam hidup kita turut melibatkan self-interest dan community-interest.ada pilihan y terpaksa diputuskan dengan mendahulukan self-interest berbanding community-interest,dan juga sebaliknya.ini bergantung ke atas sejauh mana perancangan kita.
SAHABAT dan pilihan.
Pernah kita dengar,kisah sewaktu kewafatan baginda nabi Muhammad saw,apakah y dilakukan oleh para sahabat?adakah semuanya menguruskan jenazah dan upacara pengebumian baginda nabi?tidak terlalu kasar sekiranya saya menukilkan bahawa ada sebahagian sahabat bermesyuarat utk melantik khalifah y menggantikan baginda nabi utk meneraju pemerintahan Negara islam madinah tika itu.adakah pilihan y diputuskan oleh sebahagian sahabat ini salah dan xmenghormati jenazah baginda nabi?pilihan ini diputuskan atas kayu ukur kepentingan umum mengatasi kepentingan individu.satu kisah lagi y berkisar penggunaan duit baitulmal dalam meng’gaji’ sayidina abu bakr ketika beliau dilantik menjadi khalifah.bukankah duit baitulmal itu tidak boleh digunakan utk kepentingan individu?namun,bukankah tugas sebagai khalifah itu menguruskan urusan2 rakyat??adakah ini dinamakan kepentingan individu?teringat sebuah kisah ttg seorang ‘orang besar’ y mnggunakan duit zakat baru-baru ini.hehe.
Pilihan menurut Islam
Manusia dikurniakan nafsu dan akal.Islam mengajar manusia agar menggunakan akal secara maksimum serta menjinakkan nafsu. Dalam urusan membuat pilihan,akal dan nafsu sering bersaing utk menjuarai keputusan. Namun,Islam telah meletakkan beberapa garis panduan dalam memutuskan sesuatu pilihan.hal ini telah disebut oleh para alim ulama zaman berzaman dan seorang ulama kontemperori,dr yusof alqaradhawi telah menulis sebuah kitab berkisar fiqh awlawiyat (fiqh keutamaan).
Kitab ini wajar dikhatamkan serta dihadamkan oleh setiap individu muslim terutamanya setiap pendokong gerakan Islam.kenapa?supaya jenayah pendokong gerakan Islam tidak berulang lagi.
PUT THE FIRST THING FIRST

Amman Time

No comments:
Post a Comment